SOALAN LATIHAN PJJ

Teknologi Maklumat Sekolah Rendah


Set 1
1. Pilih kombinasi yang betul dalam menangani masalah pendidikan mengikut definisi Roblyer (2003).

A. Proses dan alatan
B. Teknologi dan alatan
C. Organisasi dan alatan
D. Proses dan pembelajaran

2. Sistem pendidikan sedang melalui proses penstrukturan semula iaitu bertukar daripada kaedah pengajaran berasaskan instruksional (kaedah pengajaran tradisional) kepada kaedah pembelajaran berpusatkan murid. Berikut merupakan kaedah sokongan instruksional yang baharu kecuali ________________.

A. perkongsian maklumat
B. perkongsian intelektual
C. pembelajaran secara koperatif
D. penyelesaian masalah dan pemikiran tahap tinggi

3. Manakah antara sumber-sumber komunikasi internet berikut memberikan maklum balas masa nyata (real time feedback) ?

A. Blog
B. Papan Buletin
C. Mel Elektronik
D. Ruang Sembang

4.

Rajah 1
Berdasarkan alamat web yang ditunjukkan dalam Rajah 1, Penunjuk Sumber Sejagat (URL) dibentuk daripada dua (2) bahagian utama iaitu bahagian ”http” merujuk kepada ____________ manakala bahagian yang seterusnya merujuk kepada ____________.

A. domain, protokol
B. protokol, domain
C. protokol, nama domain
D. nama domain, kod domain

5. Perisian instruksional berbentuk ________ mampu menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang menyerupai situasi atau keadaan sebenar seperti latihan memandu, latihan peperangan atau latihan pengendalian peralatan mahal atau merbahaya.

A. Tutorial
B. Simulasi
C. Latih-tubi
D. Sistem Pembelajaran Bersepadu (ILS)

6. Cikgu Shakirah telah mengisi markah ujian setiap pelajar dengan menggunakan perisian hamparan elektronik. Seterusnya beliau ingin menentukan gred pelajar berdasarkan markah tersebut. Pilih ciri yang paling sesuai yang boleh digunakan oleh Cikgu Shakirah untuk tujuan ini.

A. Rumus (Formula) - salah
B. Fungsi (Function)
C. Carta (Chart)
D. Kiraan secara automatik (automatic recalculation)

7. ____________ digunakan untuk membantu guru menggambar, menyusun dan memeta konsep idea bagi topik pengajaran mereka termasuklah menyediakan perancangan pengajaran.

A. Penjana Bahan
B. Perisian Grafik (jwpnni salah)
C. Perisian Penyelidikan dan Rujukan
D. Perisian Perancangan dan Pengurusan

8. Manakah di antara salah satu peralatan berikut tidak diperlukan untuk menghubungkan komputer dengan Internet?

A. Router
B. Modem
C. CD-ROM D. Talian Telefon

9. Manakah di antara berikut merujuk kepada kesan kegunaan grafik dalam bidang multimedia ?

I. Memberi kesan emosi dan humor
II. Memberi gambaran visualisasi data dan maklumat
III. Menghasilkan persembahan maklumat dengan lebih menarik
IV. Menghasilkan tekstur latar belakang yang cantik dan berkesan

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

10. Antara ciri-ciri utama perisian hamparan elektronik adalah _______________.

I. memformat sel
II. mel cantuman (mail merge)
III. terdiri daripada lajur dan baris
IV. memasukkan header dan footer

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV - salah
Jawapan set 1: 
1. A
2. A
3. D
4. C
5. B
6. B (A salah)
7. (B salah)
8. C
9. D
10.C (D salah)
(no 6,10 kurang pasti betul ke tak) cuba rujuk modul utk kepastian.
SET 2
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

1. Pilih kombinasi yang betul dalam menangani masalah pendidikan mengikut definisi Roblyer (2003).
A. Proses dan alatan
B. Teknologi dan alatan
C. Organisasi dan alatan
D. Proses dan pembelajaran

2. _________________ lazimnya digunakan apabila objektif pembelajaran lebih menyeluruh (seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam berkumpulan, menguasai model mental untuk topik yang kompleks dan sukar) dan diukur dengan kaedah alternatif seperti folio dan projek berkumpulan.
A. Strategi pembelajaran langsung
B. Strategi pembelajaran gabungan
C. Strategi pembelajaran konstruktivis
D. Strategi pembelajaran koperatif-integratif

3. Semua pernyataan berikut benar mengenai perisian pemproses perkataan kecuali ___________________.
A. memformat nombor kepada dua titik perpuluhan
B. melukis dengan menggunakan bentuk-bentuk yang tersedia
C. menyemak ejaan dan menyediakan cadangan daripada kamus
D. menyediakan kemudahan untuk menyimpan dalam format laman Web

4. Jika seorang guru ingin membina beberapa versi soalan daripada peperiksaan yang sama dan mencetak soalan tersebut untuk pelajar mendudukinya, manakah pilihan perisian yang paling sesuai digunakan?
A. Penjana ujian
B. Penjana borang
C. Pemproses ujian
D. Penerbitan atas paparan

5. Manakah di antara berikut bukan ciri penjana ujian?
A. Membenarkan pelbagai bentuk soalan objektif dan soalan terbuka.
B. Mempunyai ciri menyimpan soalan yang digubal bagi kegunaan semula.
C. Menyusun soalan yang dipaparkan secara rawak setiap kali ujian diambil.
D. Memetakan bentuk soalan yang dipaparkan berdasarkan kemahiran komputer murid.

6. Portal e-pembelajaran yang banyak digunakan oleh institusi pengajian tinggi seperti WebCT, Blackboard dan TopClass mempunyai ciri-ciri berikut kecuali _____________.
A. pengguna yang ramai
B. kos selenggaraan yang percuma
C. pembayaran yuran langganan atau lesen tahunan
D. pembangun sistem dan pentadbir pelayan (server administrator)

7. Diramalkan komputer masa hadapan akan berubah dari segi penggunaannya kerana ________________________.
A. senibina komputer yang semakin kompleks
B. jumlah arahan pemproses semakin bertambah
C. stuktur fizikal perkakasan menjadi lebih kecil dan efisien
D. kadar mampu milik yang rendah memandangkan harganya yang lebih mahal

8.

Rajah 1.0

Rajah 1.0 menunjukkan beberapa perkataan telah ditandakan dengan warna merah. Ini adalah salah satu ciri-ciri atau keupayaan-keupayaan pemprosesan perkataan yang dikenali sebagai _____________

A. Jadual. (Table.)
B. Justifikasi. (Justification.)
C. Muka surat. (Pagination.)
D. Penyemakan dan pembetulan perkataan. (Spelling and Grammar.)

9. Encik Ahmad ingin menghantar kad jemputan kepada ibu bapa para pelajarnya untuk hari istimewa di sekolah. Beliau berminat untuk menggunakan surat yang sama dengan hanya membuat beberapa perubahan pada nama dan alamat mereka sahaja. Apakah ciri yang boleh diaplikasikan kepada situasi ini?

A. Jadual. (Table.)
B. Muka surat. (Pagination.)
C. Mencantum surat. (Mail merge.)
D. Pengesanan suara. (Voice recognition.)

10. Aimy ingin melihat perhubungan di antara data dan meringkaskannya ke dalam bentuk laporan. Apakah perisian yang bersesuaian untuk tujuan ini.

A. Database.
B. Presentation.
C. Spreadsheet.
D. Word processing.

11. Berikut merupakan tujuan penilaian dalam pendidikan kecuali

A. Mengurangkan motivasi pelajar.
B. Menilai prestasi atau kemajuan murid.
C. Mengesan kekuatan dan kelemahan pengajaran.
D. Mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran.

12. Yang manakah di antara berikut merupakan kekangan yang menyukarkan guru menggunakan komputer dalam penilaian pendidikan?

i. Tidak perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT.
ii. Memerlukan kebolehan menggunakan alat pengarangan ujian.
iii. Laporan keputusan sukar dijadikan bukti pencapaian sebenar murid.
iv. Memiliki pengetahuan dan kemahiran memprogramkan komputer bagi memastikan komputer - pengguna boleh berinteraksi dengan berkesan.

A. I and II sahaja.
B. II and IV sahaja.
C. II, III and IV sahaja.
D. I, II, III, IV


13. Proses integrasi teknologi dalam pengajaran mengandungi beberapa fasa. Fasa “Menyediakan Persekitaran Instruksional” memerlukan guru untuk menganalisa dan memastikan keperluan teknologi yang perlu untuk melaksanakan pengajaran. Manakah di antara berikut merupakan elemen penting yang perlu dianalisa oleh guru?
I. Perkakasan dan perisian komputer
II. Perancangan penggunaan teknologi
III. Keupayaan murid kelainan upaya (OKU)
IV. Kemahiran pelajar menggunakan komputer

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. I, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.

14. Perisian aplikasi tujuan am merupakan perisian yang dibangunkan untuk memudahkan tugas pengguna. Di antara pernyataan berikut yang manakah mengambarkan penggunaan perisian aplikasi tujuan am?
I. Seorang guru menggunakan perisian pemproses perkataan untuk membina soalan ujian.
II. Seorang juru gambar menggunakan perisian grafik untuk mengedit gambar Majlis Anugerah Murid.
III. Seorang pelajar menggunakan perisian persembahan untuk membangunkan montaj persembahan Hari Guru.
IV. Seorang bendahari Persatuan Bulan Sabit Merah menggunakan perisian hamparan elektronik untuk merancang kewangan tahunan persatuan tersebut.

A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV. 
Jawapan untuk set 2

1. A
2. C
3. A
4. A
5. D
6. B
7. D
8. D
9. C
10. C
11. A
12. C
13. A
14. B

Soalan Pengantar Bahasa Melayu


1.      Mereka tinggal di hulu sungai itu sejak dahulu lagi.
Hulu parang ayah diperbuat daripada besi.
Kata hulu dalam ayat di atas merupakan
A polisim         B hiponim        C sinonim        D antonym

2.     Segar: sihat, subur, nyaman
Perkataan di atas menggambarkan konsep
I sinonim
II polisim
III hiponim
Iv homonym

3.   Cabang bahasa Austris, iaitu bahasa Austroasia, Bahasa Austronesia dan Bahasa________

4.  Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja aktif transitif berawalan teR-?
A.  Abang tersandar di tepi dinding.
B.  Ayah tidak terbeli kereta mewah itu.
C.  Kakak terduduk seketika setelah membaca surat itu
D.  Saya tersenyum sendirian apabila mengingati peristiwa itu.

5.   Yang manakah ayat yang menggunakan kata penegas?
Pilihan jawapan:
I Peserta debat itu mengemukakan hujah dengan lantangnya.
II Abu seorang sahaja yang memiliki kemahiran membuat wau di kampungnya.
III Pak Midun sejak awal-awal lagi tidak berkenan dengan pemuda yang merisik anaknya.
IV Pokok kelapa muda yang ditanam oleh ayah nampaknya akan mengeluarkan buah yang lebat.

6.  Yang manakah ayat yang mempunyai pascakata yang berfungsi sebagai penekan?
A Semua pelawat tidak dibenarkan masuk ke biliknya.
B Pokok nangka madu itu nampaknya akan berbuah lagi.
C Pada kami, kejayaannya ialah hasil tunjuk ajar guru-guru.
D Rumah neneknya terletak di antara sungai dengan kebun getah itu.

7.  Kata yang berapitan beR-...-an yang mendukung makna berterusan ialah
I berlelehan
II berkibaran
III bertangisan
IV bertempiaran

8.  Semenjak pulang dari Eropah, gaya hidupnya kebarat-baratan.
Kata yang berapitan ke-...-an dalam ayat di atas tergolong dalam

A kata nama
B kata kerja
C kata adjektif
D kata keterangan
  
9.  Penggunaan kata sendi nama yang tepat:
Salam : Imran adalah di antara pelajar cemerlang sekolah itu.
Ramon: Dia baru pulang dari Jabatan Alam Sekitar.
Joseph: Daripada saat itu, mereka tidak lagi mengunjungi Tasik Biru.
Rusliza: Rumusan penyelidik tentang sikap penduduk desa itu adalah negatif.
 
Pelajar yang menggunakan kata sendi nama dengan betul dalam ayat di atas ialah
________________dan__________

10. Ayat mana
-Mengandungi 2 kata penghubung ayat
-Mengandungi sekurang-kurangnya 2 konstituen subjek dan dua konstituen predikat.

A Banglo mewah di tepi bukit yang tinggi itu ialah milik Datuk Hamid.
B Pelukis muda dari utara tanah air itu suka berkarya untuk kepuasan dirinya.
C Burung helang yang besar itu terbang rendah kerana ingin menyambar seekor ayam.
D Demi mempertahankan maruah negara, pejuang-pejuang dahulu sanggup berkorban nyawa.

11. Yang manakah ayat yang gramatis?
A Dengan melaksanakan projek itu, meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.
B Untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, memerlukan modal yang besar.
C Dengan adanya aktiviti kitar semula dapat mengelakkan berlakunya pembaziran sumber.
D Untuk memperoleh pendapatan, banyak sekali bidang pekerjaan yang boleh diterokai oleh siswazah.

12. Yang manakah ayat yang mempunyai kata yang mengandungi diftong?
I Kemerduan suaranya mengagumkan.
II Biarkan dia berpaut pada dahan pokok.
III Ikatan persaudaraan mereka erat sekali.
IV Penonton kehairanan menyaksikan pertunjukan sarkas itu.

Jawapan:
1.A  2. I & III    3. Tibet –China   4. B   5. II & III   6. B    7. I & II   8.C 
9. Ramon & Rusliza     10.C            11.D     12. III & IV