Pesta Buku Antarabangsa di PWTC telahpun berakhir pada hari Ahad 6 Mei yang lalu. Pada hari terakhir banyak buku yang dijual dengan harga yang lebih istimewa. Namun pada hari tersebut merupakan hari yang paling ramai pengunjung bersesak-sesak. Mungkin ramai di kalangan murid-murid Cikgu Azian yang tidak berpeluang ke Pesta Buku tersebut. Tidak mengapa, walaupun kamu tidak berpeluang membeli buku di sana, di sini cikgu hidangkan 'e-buku Cerita Nenek' yang mengandungi 10 siri cerita-cerita teladan yang menarik.
Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah untuk membacanya.
Klik pada kanta pembesar untuk bacaan yang lebih jelas.
1. Leher Angsa Yang Panjang
2. Ayam Mengais Tanah
3. Kerbau Balar Menjadi Liar
4. Kelawar Terbang Malam
5. Kera Tidak Berumah
6. Pinggang Kerengga Ramping
7. Kucing dan Harimau Bermusuhan
8. Udang Galah Menjadi Bongkok
9. Puyuh Tidak Berekor
10. Zirafah Berleher Panjang
Cuba kamu lihat pada Pautan Pembelajaran di sebelah kanan blog cikgu. Ada banyak lagi cerita-cerita yang boleh kamu cari di CD Cerita DBP dan menonton video di Multimedia DBP. Setelah puas membaca bolehlah berkunjung ke laman permainan yang disediakan.
Cuba klik di sini:
1. Ayam Mematuk Cacing
2. Burung dan Epal
3. Selamatkan Diri
4. Kera Memanjat Pokok
Buat pengetahuan kamu, setelah membaca cerita-cerita dari e-buku, bolehlah kamu isikan maklumatnya ke dalam buku Nilam kamu.
SELAMAT MEMBACA