Thursday, 15 March 2012

Selamat Datang ke Blog Cikgu Azian.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Salam perkenalan buat semua pengunjung yang sudi melawat ke blog saya ini. Lahirnya blog ini adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus KRT3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah di Semester 2/2012, Program Pensiswazahan Guru, PJJ Ambilan Khas, UPSI.

Pembangunan blog ini memfokuskan matapelajaran Bahasa Melayu dan perkongsian ilmu dalam hal-hal pendidikan, motivasi dan sebagainya yang boleh dimanfaatkan oleh kita bersama. Bahan-bahan yang terkandung di dalam blog ini saya ambil daripada pelbagai sumber di dalam internet ini dan juga daripada rakan-rakan seperjuangan.

Sebarang kelemahan dan kecacatan di dalam blog ini saya pohonkan ribuan kemaafan. Saya bersedia menerima sebarang teguran, tunjuk ajar dan komen yang membina bagi memperbaiki hasilan blog ini agar memberi manfaat kepada para pembaca sekalian dan khususnya kepada anak-anak didik yang dikasihi.


2 comments:

  1. Salam...cikgu, saya amat mengkagumi slogan Bahasa jiwa bangsa.....saya mengguna kan bahasa yg baik dalam mendidik anak2 saya...bagi saya apabila kita hendak menjadikan anak bangsa kita baik dlm bahasa dan pertuturan seharian...kita hendaklah bermula dari rumah..bahasa yg baik mencerminkan keperibadian anak bangsa yg berakhlak tinggi dan mulia, seperti di tuntut dalam islam...tetapi jika ibubapa saja yg mencorakkan nya di rumah tetapi tidak digunakan di sekolah...apalah gunanya apa yg kita ajar di rumah.....sejak akhir2 ini saya sering melihat para guru menggunakan bahasa yg tidak sesuai atau kurang sesuai ketika bersama murid.....adakah guru2 tidak diajar kaunseling atau psikologi dalam pendidikan....? Psikologi dalam menangani masalah dan kerenah anak2 murid zaman sekarang yg penuh dgn sifat ingin menerokai dan mempelajari tentang selok belok kehidupan....guru2 zaman sekarang sering menganggap murid2 ini sebagai orang dewasa sedangkan mereka sepatutnya di didik sebagai anak kecil yg dahagakan kasih sayang dan memerlukan tunjuk ajar...saya bukan ingin membenci guru kerana saya juga berbangga kerana bapa saya juga adalah seorang guru pencen....tapi sikapnya yang garang dan sentiasa memegang rotan ...menjadikan setiap anak muridnya mengingati dan menghormati beliau.....saya pernah ke satu sekolah di kuala lumpur, saya melihat dan terdengar seorang guru memanggil murid2 nya dengan panggilan ' hei...wei...hoi... '....adakah ini dinamakan seorang guru....saya masih teringat lagi pengalaman saya sewaktu di sekolah dahulu....walaupun cikgu saya bengis dan jenis yg pemarah tetapi dia tidak pernah memanggil anak muridnya dengan perkataan tersebut....kalau dia marah sangat pun....dia akan panggil ' nama saya atau wahai anak murid '....seringkali juga saya dengar anak2 zaman sekarang dipanggil dengan perkataan kasar seperti...' bodoh...bangang...tolol ' apakah ini mencerminkan keperibadian seorang guru.....guru yg mengajar untuk mendidik anak bangsa atau guru yang cuma mahu makan gaji sahaja???? Sedangkan sewaktu di maktab setiap guru diajar psikologi pendidikan.....sebelum menjadi GURU......bagaimanakah perasaan guru jikalau perkara begini terjadi dan berlaku kepada anda sendiri.....saya minta cikgu tolong comment dan beri pendapat......terima kasih

    ReplyDelete
  2. Wslm. Tksh sudi singgah di blog saya. Terima kasih juga di atas pandangan yang puan berikan. Sebagai ibu bapa memang sudah seharusnya kita menggunakan bahasa yang baik sewaktu berbicara dgn anak-anak. Bahasa yang digunakan oleh anak-anak juga boleh mencerminkan bagaimana didikan ibu bapa mereka. Namun begitu ada juga anak-anak yg berbahasa mengikut pengaruh rakan2, persekitaran dan bahan media.
    Tentang pandangan puan kepada guru-guru yang tidak menggunakan bahasa yang bertatasusila bagi saya itu hanya segelintir sahaja. Kami memang telah diajar dan dipesan untuk sentiasa menggunakan bahasa yang bertatasusila. Dan sememangnya kebanyakan guru mempunyai bahasa yang bersopan. Tidak adillah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Bagi saya di kalangan guru juga mempunyai latar belakang yang berbeza di samping emosi yang berbeza. Adakalanya perkataan yang tidak sopan itu keluar dari mulut guru disebabkan karenah anak-anak murid yang begitu menguji kesabaran guru. Guru juga insan biasa yang adakalanya tidak tahan dengan tingkah laku anak murid. Sekiranya semua murid datang dari keluarga yang mendidik anak-anak mereka memiliki sahsiah yang baik, bersopan-santun, hormat kepada guru dan mendengar kata, sudah pasti guru juga tidak ada sebab utk mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
    Sebagai ibu bapa teruskan usaha kita mendidik anak-anak kita menjadi menjadi insan yang memiliki sahsiah yang baik, berbudi bahasa, menghormati guru dan ibu bapa, tinggi pengetahuan agama di samping kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.

    ReplyDelete