Salam perkenalan buat semua pengunjung yang sudi melawat ke blog saya ini. Lahirnya blog ini adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus KRT3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah di Semester 2/2012, Program Pensiswazahan Guru, PJJ Ambilan Khas, UPSI.
Pembangunan blog ini memfokuskan matapelajaran Bahasa Melayu dan perkongsian ilmu dalam hal-hal pendidikan, motivasi dan sebagainya yang boleh dimanfaatkan oleh kita bersama. Bahan-bahan yang terkandung di dalam blog ini saya ambil daripada pelbagai sumber di dalam internet ini dan juga daripada rakan-rakan seperjuangan.
Sebarang kelemahan dan kecacatan di dalam blog ini saya pohonkan ribuan kemaafan. Saya bersedia menerima sebarang teguran, tunjuk ajar dan komen yang membina bagi memperbaiki hasilan blog ini agar memberi manfaat kepada para pembaca sekalian dan khususnya kepada anak-anak didik yang dikasihi.