Tuesday, 1 May 2012

Pesta Buku di PWTC

Pada 30 April 2012 saya telah berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Selain daripada pelbagai bahan bacaan yang berinformasi dan menarik, saya juga tertarik dengan u-Pustaka.

Apa itu u-Pustaka?

u-Pustaka merupakan satu perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan bagi menyokong konsep Pustaka 1 Malaysia iaitu:

  • Menyediakan akses kepada gedung sumber ilmu pengetahuan kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi.
  • Menggalakkan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat serta pembangunan sosial dan ekonomi.
  • Mendokong konsep 1 Malaysia di dalam masyarakat berasaskan ilmu pengetahuan.

Untuk maklumat lebih lanjut dan daftar keahlian sila layari www.u-pustaka.gov.my




Anak sulung saya (berbaju oren) bekerja sambilan di pesta buku sementara cuti semester.
Kwn2 yg nk diskaun leh la jmp dia di sana... hehe.


Anak bongsu saya (bertudung kelabu) turut menyertai pertandingan menyusun puzzle.

Banyak buku2 yang menarik. Jangan lepaskan peluang ke sini.

1 comment:

  1. syabas yan... teruskan berblog, inilah rakyat berminda kelas pertama, manfaatkan ilmu yang diperolehi, bukan hanya untuk lulus peksa.... kwang kwang kwang.... cam org yg beri komen ni... hehhee

    ReplyDelete