Wednesday, 4 April 2012

Cara Berkesan Memohon Hajat Sebelum Tidur

Ingin saya kongsikan amalan ini yang saya baca dari salah seorang rakan fb. Saya telah mengamalkannya dan alhamdulillah amat berkesan. (Terima kasih kepada beliau di atas perkongsian ilmu ini.)

ANTARA CARA KITA BERHAJAT SEBELUM TIDUR ATAU DALAM KRITIKAL UNTUK BERDOA HAJAT
Salam sejahtera. Kepada keluarga, sahabat, jiran-jiran, muslimin dan muslimat yang sempat membaca apa yang dicatatkan ini. Gunakanlah ilmu ini dalam kehidupan seharian kalian. Jangan gusar dengan ILMU DAN AYAT ALLAH SWT. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah swt. Semoga kita mendapat rahmat dan barakah daripadaNYA. InsyaALLAH.
 
         Antara KHASIAT DAN RAHMAT yang saya terima: doa saya dimakbulkan oleh Allah swt kerana dengan izinNYA... dan saya bersyukur ke atasnya. Apa yang penting ialah kita perlu yakin dengan ayat ALLAH SWT. AMALKAN SETIAP HARI SEBELUM TIDUR ATAU BILA-BILA MASA DARURAT UNTUK BERHAJAT KEPADA ALLAH SWT TERUTAMA UNTUK PARA GURU DAN IBU BAPA.
Mudah dan selalu kita baca dalam kehidupan. Cuma aturannya mungkin kita kurang jelas.

       Apabila kita mengkehendaki sesuatu, sudah tentu kita berdoa. Cuba saudara/saudari sekalian cuba aturan ini dengan bacaan yang betul dan seikhlas hati secara jujurnya membaca dan MEMOHON kepada Allah swt.

1.  Ambil wuduk dan mengadap kiblat.
2.  Baca Bismillahirrahmannirrahim.
3.  Istighfar 3 x
4.  Selawat ke atas nabi 3 x
5.  Baca Al-Fatihah 3 x
6.  Baca Ayatul Qursi 1 x (Baca ikut 9 wakaf)
7.  Baca Al-Fatihah 1 x
8.  Baca Surah Al-Ikhlas 3 x
9.  Baca Surah Al-Falaq 1 x
10. Baca Surah An-nas 1 x
11. Baca Bismillahirrahmannirrahim 21 x
12. Nyatakan HAJAT : ...." Ya Allah Ya Tuhanku __________________________________....."
13. Mengucap dua kalimah syahadah
14.  PALING SEBELAH KANAN BACA ALLAHU AKBAR, KEMUDIAN PALING SEBELAH KIRI BACA ALLAHU AKBAR
15.  (JIKA SEDANG BERBARING,PANDANG ATAS, BACA Bismillahirrahmannirrahim )
       (JIKA SEDANG DUDUK, PANDANG HADAPAN, BACA Bismillahirrahmannirrahim )
16.  (JIKA BERBARING, SELEPAS ITU MENGIRING SEBELAH KANAN DAN TIDUR.

BILA BOLEH KITA IKUT ATURAN INI?
AMALKAN SEBELUM TIDUR SETIAP HARI....SEELOK-ELOKNYA BACA PADA JAM 12.01 pagi. PASTIKAN ANDA SUDAH SOLAT ISYAK.

       JIKA KITA MAHU BERTAHAJUD SELEPAS ITU, ANTARA HAJAT DALAM BACAAN MINTA ALLAH SWT SEDARKAN KITA BANGUN PAGI JAM 3.00 PAGI UNTUK BERTAHAJJUD.

       JIKA DARURAT DAN MENGALAMI MASALAH DAN PERLU BERDOA ....BILA-BILA MASA BOLEH IKUT ATURAN INI.

       HAL INI YANG SEDEMIKIAN ..... PERLU SEBATI DALAM DIRI DENGAN AMALAN. CUBA DAHULU BARU KITA TAHU KHASIAT AYAT ALLAH SWT INI.

       SEMOGA ANDA MENDAPAT RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT DAN REDHO DI ATAS KETENTUANNYA.

ITA / KAK ITA / KAK LONG
alongupmz@yahoo.com.my

8 comments:

  1. Info yg sangat berguna dan perlu dimanfaatkan....t.kasih

    ReplyDelete
  2. berpesan-pesan dan beringat-ingat sesama kita, moga hidup lebih berbahagia dan diberkati. info yang sangat berguna untuk jadi amalan... Terima kasih cikgu Azian

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Info yang amat berguna dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. Benar. Benar sekali info yang anda nyatakan. Beramallah dengan seikhlas hati. Mudah-mudahan kita semua dimuliakan Allah. Amin...

    ReplyDelete
  5. saya benar-benar tertekan.hanya sehari sahaja lagi tinggal untuk masalah saya.pelbagai cara dan doasaya cuba.hingga sekarang ini saya langsung tiada rasa kepercayaan pd Allah.Allah seperti tidakmahu membantu saya.saya tahu berdosa besar.tapi saya benar-benar tak mampu nak hadapi.boleh ke saya gunakan ayat inidengan harapan inilah cara terakhir saya.saya amat-amat mendesak.berkesan ke jika tggal masa hanya sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..jgn pernah putus asa dan kecewa dgn rahmat Allah swt.

      Delete
  6. Dapatkah saya berkahwin dengan orang saya suka jauh di Jakarta Tampa dia tahu says mencintai dia?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan...Alhamdulillah...syukur kehadrat illahi krana Allah S.W.T membuka pintu hati Tuan utk berkongsi ilmu yg bermanfaat seperti sy dan sahabat2 yg lain yg dlam kesulitan dan kesedihan...Sy mengucapkn jutaan trima kasih kpd Tuan atas perkongsiaan ilmu amalan yg berharga ini...Sy mohon mengamalkn amalan ini tuan utk kegunaan diri sndri dan juga keluarga kelak...Moga tuan menghalalkn amalan ini utk sy amalkan...Trima kasih bnyak2 Tuan...Assalamualaikum...

    ReplyDelete