Friday 11 May 2012

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Sedutan di penghujung khutbah Jumaat hari ini yang perlu kita renungi bersama:
.

Sidang Jumaat yang dihormati;

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru dan berpesan, marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui tindakan berikut:

Pertama:
Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Kedua:         
Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim.

Ketiga:        
Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan mengikut kemampuan masing-masing kepada institusi pendidikan.

Keempat:    
Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan sekali-kali menyakiti hati guru.

Kelima:       
Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan semua insan yang pernah menabur bakti dan budi kepada kita.
.
Buat para guru pula, mimbar berpesan teruslah beristiqomah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaikan ilmu  kepada anak bangsa, mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

  وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّـهَ ۖ إِنَّ ٱللَّـهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ ﴿٢

Maksudnya: dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan ( kebaikan ) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana Allah sesungguhnya Maha Berat Azab siksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya). 
.
.
 .
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Guru Penjana Inovatif Pendidikan
(11 Mei 2012 / 19 Jamadilakhir 1433H)

1 comment:

  1. tingginya kedudukan guru disisi agama, insaf dan menginsafkan,,,Adakah selama ini bakti yang dicurah setimpal dengan ganjaran yang diterima... sentiasa keluh kesah dengan bebenan yang dikata semakin banyak, dlm masa yg sama kita kekadang terlupa setiap kebaikan yg dilakukan dgn ikhlas sebenarnya Allah berikan ganjaran yg berlipatkali ganda...

    ReplyDelete